Monday, March 15, 2010

Rukun Islam dan Rukun Iman

Sesiapa yang menunaikan rukun islamnya maka sempurnalah agama islamnya.Rukun Islam ada 5 perkara:



1.Mengucap 2 kalimah syahadah
2.Solat lima waktu
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Mengeluarkan Zakat
5.Menunaikan haji di Makkah bagi yang mampu

Bagaiman pula dengan Rukun Iman??Rukun Iman ada 6:


1.Beriman kepada Allah
2.Beriman kepada Malaikat
3.Beriman kepada Kitab
4.Beriman kepada Rasul
5.Beriman kepada Hari Akhirat
6.Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Malaikat2 serta tugasnya..

Jibril:Menyampaikan wahyu
Mikhail:Memberi Rezki
Malik:Menjaga Neraka
Ridhuan:Menjaga Syurga
Mungkar dan Nakir:Menyoal Mayat
Ratib dan Atid:Mencatit Keburukan dan Kebaikan manusia.

Sunday, March 14, 2010

Kebersihan itu??

Kebersihan itu separuh dari iman..
Anna Zhofatul minal iman..

Sensungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman kite.Jika kita menjaga kebersihan kita
kita akan sentiasa bersih.Jika kita ini pengotor,maka syaitan akan semakin dekat dengan kita.



Hadith :
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Riwayat Muslim

Huraian
1. Perkara-perkara tersebut ada yang wajib hukumnya dan ada yang sunat
2. Perkara yang wajib ialah beristinjak, dan yang lain ialah sunat
3. Apa yang penting, menjaga kebersihan adalah dituntut oleh syarak kerana ia sebahagian dari

Labels:

Zikrullah..

Amalkan Zikrullah setiap hari..ia membuatkan kita sentiasa mengingati Allah dan hati kita akan bercahaya dan juga suci.Antara Zikrullah yang selalu dibaca:

  • Subahanallah
  • Allahuakbar
  • Alhamdulillah
Jika kita sentiasa mengingati Allah maka kita sentiasa dalam LindunganNYA.

Apakah Maksud Zikrullah?
Zikrullah itu,Perkataan yang memperagungkan Allah dan perkataan yang membuatkan kita sentiasa mengingati Allah.

Ilmu..Ilmu..dimana kau?

Rasulullah S.A.W BERSABDA:Jika hendakkan dunia,mestilah dengan ilmu,jika hendakkan akhirat,mestilah dengan ilmu,jika hendakkan keduanya,mestilah dengan ilmu.

Barangsiapa yang bertambah ilmu namun tiada bertambah amalnya,tiada bertambah beginya dengan Allah kecuali bertambah jauh.

AL ILMU NUR..
ilmu itu cahaya.

Ilmu jika hendak mendapatkannya..hendaklah dengan USAHA.
50% daripada guru yang mengajar dan 50% dari usaha kita
.
Hendaklah kita menghormati guru kita jika tidak tiadalah berkat baginya.


KEPENTINGAN ILMU


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

Renung2 kan lah..


Biodata Rasulullah S.A.W

Nama Penuh:Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutolib bin Hisyam bin Abdul Manaf Bin Qusyai bin Kilab

Tarikh Lahir:12 Rabiulawal.517 M.di Makkah.

Nama ibu:Siti Aminah

Nama bapa:Abdullah bin Abdul Mutolib

Nama isteri:Siti Khadijah binti Khuwailid

Berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia:25 tahun

Apa gelaran baginda atas kejujurannya:Al-Amin

Nama sahabat utama baginda:Abu Bakar Assidiq

Lirik layar keinsafan by Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Bagaimana Kita Hendak mencintai Rasulullah.


Sunnah Rasulullah ada banyak..antaranya cara duduk,cara solat dan sebagainya.
Sunnah Rasulullah jika kita amalkan nescaya akan dimasukkan ke syurga.Jika kita hendak mencintai Rasulullah:
  • Hendaklah kita mengenal asal-usul Baginda
  • Hendaklah selalu berselawat keatasnya
  • Selalu mendoakan Baginda,Keluarganya dan sahabatnya.
  • Hendaklah menhindari apa yang baginda benci contohnya
(1).menghindari daripada syirik.
(2).Berbohong atas namanya.

Jika kita mencintai Rasulullah,maka Rasulullah akan mencintai kita sebagai umatnya dan juga beri syafaat kepada kita.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKU pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKU.

Assalamualaikum..

Saya ingin bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah membuat blog yang kedua untuk saya masukkan tentang islam,supaya saya boleh sebarkan blog ini kepada sesiapa yang mahu membukanya.Insyaallah,sesiapa yang membacanya..insyaallah mereka ingin meengamalkanya..